? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 4, 2009

KEPENTINGAN POKOK DALAM KEHIDUPAN KITA


* Pokok amat penting untuk alam sekitar.Di bumi ini kawasan hutan meliputi bumi lebih dari 6% .
* Selain itu pokok juga amat penting dalam kehidupan untuk mengeluarkan oksigen segar yang diperlukan oleh manusia.
* Warna hijau pokok, dapat memulihkan stress yang dialami oleh manusia. Keindahan saujana dapat menyihatkan penglihatan manusia yang rabun.
* Tambahan pula, kawasan rumah lebih indah jika dihiasi dengan landskap hutan yang mengashikkan. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan rumah dapat mengawal iklim kerana kawasan rumah dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau. Jumlah air yang terkandung di dalam tumbuhan dapat menstabilkan kelembapan yang nyata.
* Demikian lagi, kawasan hutan yang tebal dapat mengawal banjir, hakisan tanah,tanah runtuh, mengurangkan pencemaran udara dan edaran gas. Tumbuhan juga menjadi bekalan makanan yang penting kepada manusia dan haiwan.

punca kemusnahan hutan


*KITA sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur.
*Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan flora dan fauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan.
Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies-spesies flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan.
*Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies flora dan fauna ini juga sebenarnya turut menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan kerana kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan semula jadi.
*.Jika kita kaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna ini adalah manusia sendiri.
*Di bawah dikemukakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dengan tumpuan kepada masalah pemusnahan fauna.

punca pemusnahan hutan



Pembinaan empangan memerlukan pembersihan hutan yang luas tanpa kawalan. Seperti di Bakun dan di Tasik Chini telah memberikan kesan yang ketara dan dapat di lihat dengan jelas.
Contoh yang paling ketara adalah Empangan Bakun telah memusnahkan habitat semulajadi sebanyak 70,000 hektar yang sebesar Singapura. Contoh lain adalah Empangan Tasik Chini, Pahang juga membersihkan 60 hektar hutan yang ada.
Vagitatif ekosistem termusnah dan seterusnya memberikan kesan kepada hidupan. Habitat semulajadi terganggu dan menyebabkan organisma terpaksa mencari habitat yang baru ataupun terus pupus bagi kawasan tersebut.
Pembinaan empangan yang dijalankan pada 1995 di Timah-Tasoh, Perlis. Photo : WWFM / Salahuddin Yaacob. Duniaku WWFKepupusan dan gangguan flora dan fauna
Banyak flora dan fauna terancam. Masalah bertambah apabila hidupan ini telah terdedah kepada penyakit berjangkit.Masalah tebing pasir akan terhumbang semasa banjir menyebabkan kuanitinya semakin berkurang.
Contohnya kawasan pembiakan penyu air tawar telah terancam melalui situasi ini. Ini juga menghalang laluan penyu dan ikan air tawar dan seterusnya mengganggu tabiat pergerakkan dan pembiakan mereka.
Di Empangan Temenggor telah dikenal pasti masalah ini dengan bilangan ikan terubuk di Sungai Perak semakin berkurangan .Masalah lain adalah perpindahan hidupan dari kawasan hutan ke kawasan berkependudukan. Ini menyebabkan masalah kepada penduduk tempatan yang tinggal berdekatan. Contohnya adalah pembinaan Empangan Bakun.Flora biasa pupus tanpa mengetahui kajian yang mendalam. Masalah ini akan bertambah jika tiada kawalan dan tindakan diambil.










Monday, August 3, 2009

kumpulan hijau lestari

NURUL SYUHADA BTE MOHD SHAHRIR
SITI NORHAWA BINTI KHAIRUDDIN
SITI NOR AIN BINTI ISMAIL
YUSNIZA BINTI YUSOH
SUMAIYAH BTE MUKHSIN
ADAM SYUKRI BIN KHAIDIR